Kursus Latihan Penggunaan Perisian SEKKOP 123 - 27 April 2011

Tekun...Pelajar sedang menyiapkan latihan masing-masing.
Serius...pemantauan oleh Pn. Nurulhuda.
En. Mohd Rani juga turut terlibat.

         Rabu, 27 April - Kursus Latihan Penggunaan Perisian SEKKOP 123 telah diadakan di makmal komputer SMK Bukit Guntong. Pegawai unit SEKKOP, Pn. Nurulhuda Binti Mohd Jais selaku fasilitator. Seramai 15 orang pelajar yang terlibat termasuk dua orang guru iaitu En. Mohd Rani dan Cik Rosnida Awang. Kursus ini berjalan selama dua hari pada 27 & 28April 2011, Rabu & Khamis pada jam 9.00pagi hingga 5.00petang.
         Kursus ini mengajar pelajar cara penggunaan perisian sekkop dimana pelajar diminta untuk mengisi maklumat-maklumat yang berkaitan perakaunan. Selain itu, para pelajar juga diajar cara pengiraan akaun bagi setiap keahlian. Ucapan ribuan terima kasih kepada Pn. Nurulhuda Mohd Jais dan tidak lupa juga kepada yang telibat secara langsung dan secara tidak langsung bagi menjayakan kursus selama dua hari ini.

0 comments:

Post a Comment